Assalamualaikum
Plan trip yang tidak dirancang. Sabtu ini mcm mereput je duk rumah so plan nak hiking la. Tiba2 diaorang suggest Tasik Biru, Pulai atau Gunung Pulai. Ada yang nak naik G7 tahun ni so mereka nak training jadi semua setuju hiking Gunung Pulai melalui trek.
Kami seramai 8 orang yang dah biasa hiking tapi naik Gunung Pulai melalui trek hutan dan turun jalan tar agak mencabar juga. Kami bertolak agak awal dari rumah kerana konon-konon nak hiking awal pagi tp salah sorang member sampai lambat tapi ada hikmahnya juga sbb rupanya gunung pulai tutup sehingga bulan 1 kerana hujan. Tapi maaf kami redah juga. Kami ikut trip team depan kami redah naik dari pintu pagar air terjun. Ini first time kami ikut situ selalu kami masuk melalui jalan tar hingga nampak signboard Hutan Pelajaran. Kami naik sekitar jam 7.30 pagi
Mula-mula je dia sudah bagi trek pacak, semalam hujan jadi trek agak mencabar...basah dan lecak. Dan dijadikan citer aku pulak lupa bawa kasut, nasib baik masa keluar rumah aku sarung sandal. Jadinya ini lah 1st time aku hiking menggunakan sandal.
Jadi kami susuri trek.....team depan kami sudah jauh kehadapan. Alhamdulilah trek dia senang dan sekali sekala ada juga team lain dan individu lain yang potong kami. Setelah 2.5 jam kami susuri trek Gunung Pulai akhirnya kami sampai puncak batu. Kami berhenti rehat meghilangkan penat lelah sambil lepak2 dan makan snack yang dibawa dan sessi bergambar. Selepas 1/2 jam macam itu kami pun mula melangkah untuk pulang. Ada 2 pilihan sama ada hendak turun melalui jalan tar atau melalui trek hutan semula. Jadi kami buat keputusan untuk melalui jalan tar.
Agak mencabar mental bila turun melalui jalan tar memakai sandal...rasa mcm nak golek je sampai bawah. Dengan keadaan yang agak sunyi....saya dan team menyurusi jalan pulang. Kami berpecah ada yang laju kehadapan dan ada yang santai. Saya memilih untuk sederhana...dlm keadaan keseorangan, jalan pun agak sunyi kerana tiada orang lain, agak laju juga saya berjalan, kalau boleh nak berlari.
Gunung Pulai ini memang terkenal dengan banyak monyet kerana aku keseorangan masa turun jadi aku pun capai kayu kalau ada kecemasan nanti. Alhamdulilah sampai juga kat tempat parking sambil tunggu yang lain sampai, mari lah kita hilangkan dahaga. Kami sampai ke tempat parking semula dalam pkl 12.00
Tuesday, 30 January 2018
Thursday, 25 January 2018
Takdir
Ada orang yang cuba berlumba melawan takdir, tetapi akhirnya dia terpaksa mengakui bahawa
takdirlah yang membentuk hidup ini, ia boleh diubah dengan doa kepada
Allah, berdoalah dan berusahalah kerana Allah pemilik takdir memerintahkan kita
berdoa dan berusaha.
SABAR DAN TABAHLAH DUHAI HATI
Jika Hadirnya Seseorang Itu Hanya Untuk
"Menghadiahkan" Airmata Kepadamu,
Sebenarnya, Waktu Itulah Allah Sedang Mendidikmu,
Supaya Bersifat SABAR Dan REDHA..
Bersabarlah Duhai HATI.. :')
Bangkit Bila Ditolak Jatuh, Bangunlah Semula
Bangkit Bila Diluka, Nanti Pulihlah Semula
Bangkit Biar Bersusah Dulu, nanti Senang Semua
Sakit Pada Luka Kan Pulih Semula...
{:-)≈ ﷲ INSYA ALLAH ﷲ (<:-)
Cubalah “lepaskan” Apa Yang Memang Bukan Milik
Kita,
Dan Cubalah “Terima” Apa Yang Memang ALLAH SWT Nak
Bagi...
" Takut Kehilangan Sesuatu Yang Tidak Pasti,
Seperti Kamu Tidak Redha Dengan Ketentuan
Ilahi.."
Allahurabbi, Tabahkan La HATIKU...
Amin Ya Rabbal'Alamin...
#rinduituderita #berakhirsebuahpenantian #240118akanjadiingatan#akukehilangan #kuatkanhatikutanpadia #akupastikanakuakankuatselepasini
Wednesday, 17 January 2018
Kadang-kadang
KADANG-KADANG......
Kadang-kadang kita cuba nak faham apa yang Allah aturkan untuk kita,
Kadang-kadang kita persoalkan ujian yang Allah campakkan kepada kita,
Kadang-kadang kita rasa kecewa apabila kita tidak dapat penuhi impan kita,
Kadang-kadang kita penat dan lesu sebab kita cuba untuk berubah, tapi kita tidak dapat sokongan yang kita perlukan,
Kadang-kadang kita rasa rimas dan lelah untuk jadi baik,
Kadang-kadang kita rasa dunia tak adil pada diri kita, kerana seringkali kita dipersalahkan untuk benda yang remeh......
Atau dipersalahkan atas hal yang tidak kita lakukan.....
Wednesday, 10 January 2018
Trans Bukit Payung, Batu Pahat - 060118
Assalamualaikum
Minggu pertama dalam bulan Januari.....alhamdulilah tercapai hasrat untuk mendaki Bukit Payung yang selama ini dirancang2. Kali ni kita Trans Bukit Payung. Apa itu Trans bang? Trans tu maksud transit hahaha atau bahasa pasar tapau......lepas tu faham sendiri la yea
Trans Bukit Payung merangkumi Bukit Botak, Bukit Berdiri, Bukit Alam, Bukit Bungkuit dan Bukit Payung. Kami mulakan perjalanan seawal pagi dari Johor Bahru pkl 5.15 kami bergerak dari Petronas Skudai menuju ke Yong Peng utara. Pada mulanya ada 15 orang peserta dalam Trans ini tapi atas sebab2 tertentu hanya 9 orang dapat meneruskan aktiviti hiking ini. Itu dah cukup bagus tu.
Kebanyakkan yang pergi semua yang sudah biasa dengan hiking kecuali ada sorang yang newbies, lama sudah berhenti dari dunia hiking. Aku berpikir mencabar juga ini tapi tak pe kami kan ramai boleh je bantu antara satu sama lain.
Sementara nak tunggu abg guide kami sampai, sempat kami atas perut dekat gerai tepi jalan kat Kg Kangkar Merlimau berdekatan je jalan nak masuk ke starting point Bukit Botak. Aku cukup risau dengan newbies ni dari dalam kereta sampai ke gerai...senyap je dia, makan pun xmau....nebes katanya hahahhaa......aku pun nebes juga ni.
Ok dalam kl 8.15 abang guide kami Abg Sem @ otai BP dah sampai bersama2 Abg Nan & Along @ otai Pelepah hahaha...wah best ni naik dengan otai2...teruja kejap. Lepas diaorang sampai kami meneruskan perjalanan ke starting point. Beberapa biji kereta akan parking di starting point Bukit Botak memandangkan kami akan naik dan turun ditempat yang berbeza bagi memudahkan kami ambil kereta di starting point Bukit Botak.
Sebelum memulakan hiking kami buat pemanasan badan oleh Zana dan Abg Sem kami memberi sedikit ucapan tentang do & don'ts dan kami mulakan perjalanan pada pkl 9 pagi dengan hati berkobar2 setelah sebulan stop hiking. Rasa nebes juga ni hahaha mcm 1st time nak naik gunung ni.
Baru rasanya berapa km, Dora dah start mental koyak huhuhu....nasib baik ada Abg Nan & Along serta peserta yang lain bagi perangsang untuk Idura teruskan hiking. Idura dah kata dia nak balik ke starting point tinggal dalam kereta je. Dalam hati jangan buat la Dora surrender. Alhamdulilah Dora meneruskan perjalanan dengan pace tersendiri, kami2 juga sudah tidak berapa laju,. Cuaca pagi ini sungguh nyaman...kabus masih tebal dengan udara sejuk terasa mcm kat cameron mcm tu. Sampai satu point kami behenti menunggu dora sambil2 itu apa lagi...selfie welfie la hahaha...ini mmg saat ditunggu2 oleh kami semua.
Selepas Dora sampai kami bagi dia rehat untuk meneruskan perjalanan ke Bukit Botak. Pada awalnya sahaja agak pacak selepas itu perjalanan agak mendatar. AKhirnya kami sampai di Bukit Botak, selepas sessi bergambar kami meneruskan ke bukit2 yang lain....kadang2 ada peserta berhenti rehat kerana penat dan mengambil nafas yang makin hilang.
Dan akhirnya kami tiba di Bukit Payung dalam pkl 12.00 tengahri dengan jayanya. Kami berehat selama 1 jam sebelum kami meneruskan perjalanan balik. Dalam perjalanan trans itu kami juma beberapa hikers yang turun memanjat pada hari itu. Tepat pkl 2.00 kami sampai dibawah dengan selamatnya....penat allah je yang tahu tapi kami puas dapat memanjat tanpa ada sebarang kecederaan antara peserta.
Terima kasih pada Abg Sem aka Guide sempoi, Abg Nan, Along dan peserta2 yang lain kerana tanpa korang tak akan berjaya Trans ini. In sha allah lain kali jumpa lagi

Wednesday, 3 January 2018
20 Tanda Apabila Lelaki Serius dalam Percintaan
BY MR TEDDY 119 COMMENTS
1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.
2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.
4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.
6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja
8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
12. Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.
13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
18. Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.
19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.
Tuesday, 2 January 2018
2018 - Sekolah baru untuk Syifa & Raaiq
Assalamualaikum
Hari ke 2 dalam tahun 2018....
Bermula alam persekolahan baru untuk Syifaa Maryam & Sayyid Raaiq
Syifa Maryam naik darjah 1 di sekolah SRITIF dan Raaiq tahun 6, tadika kemas, berpisah dengan kakak dia.
Alhamdulilah, anak2 umi tak pernah menangis bila masuk sekolah. Cukup senang uruskan diaorg. Ummi harap korang enjoy alam persekolahan. In sha allah umi always be there walaupun ummi tahu kdg2 umi tak dapat buat yang terbaik

Muhammad Sayyid Raaiq
Muhammad Sayyid Iffat & Syifa Maryam
Ummi doakan abg iffat, kakak syifa dan raaiq belajar rajin2 bukan untuk umi tp untuk diri korang semua. Ummi hidup tak lama at least kalau korang ada pelajaran in sha allah semua dipermudahkan. Ingat umi tak akan dapat selalu menjaga korang. Tolong jangan harapkan abah untuk menjaga korang masa akan datang. Belajar untuk hidup berdikari
Subscribe to:
Posts (Atom)
Takdir Ya Allah kalau dia bukan yang terbaik untuk diriku, bukan takdir dan jodohku, kau jauhkan dirinya dari pandangan mata dan hatiku. H...
-
Assalamualaikum Minggu pertama dalam bulan Januari.....alhamdulilah tercapai hasrat untuk mendaki Bukit Payung yang selama ini dirancang2....
-
Assalamualaikum Plan trip yang tidak dirancang. Sabtu ini mcm mereput je duk rumah so plan nak hiking la. Tiba2 diaorang suggest Tasik Bi...