Assalamualaikum
Minggu pertama dalam bulan Januari.....alhamdulilah tercapai hasrat untuk mendaki Bukit Payung yang selama ini dirancang2. Kali ni kita Trans Bukit Payung. Apa itu Trans bang? Trans tu maksud transit hahaha atau bahasa pasar tapau......lepas tu faham sendiri la yea
Trans Bukit Payung merangkumi Bukit Botak, Bukit Berdiri, Bukit Alam, Bukit Bungkuit dan Bukit Payung. Kami mulakan perjalanan seawal pagi dari Johor Bahru pkl 5.15 kami bergerak dari Petronas Skudai menuju ke Yong Peng utara. Pada mulanya ada 15 orang peserta dalam Trans ini tapi atas sebab2 tertentu hanya 9 orang dapat meneruskan aktiviti hiking ini. Itu dah cukup bagus tu.
Kebanyakkan yang pergi semua yang sudah biasa dengan hiking kecuali ada sorang yang newbies, lama sudah berhenti dari dunia hiking. Aku berpikir mencabar juga ini tapi tak pe kami kan ramai boleh je bantu antara satu sama lain.
Sementara nak tunggu abg guide kami sampai, sempat kami atas perut dekat gerai tepi jalan kat Kg Kangkar Merlimau berdekatan je jalan nak masuk ke starting point Bukit Botak. Aku cukup risau dengan newbies ni dari dalam kereta sampai ke gerai...senyap je dia, makan pun xmau....nebes katanya hahahhaa......aku pun nebes juga ni.
Ok dalam kl 8.15 abang guide kami Abg Sem @ otai BP dah sampai bersama2 Abg Nan & Along @ otai Pelepah hahaha...wah best ni naik dengan otai2...teruja kejap. Lepas diaorang sampai kami meneruskan perjalanan ke starting point. Beberapa biji kereta akan parking di starting point Bukit Botak memandangkan kami akan naik dan turun ditempat yang berbeza bagi memudahkan kami ambil kereta di starting point Bukit Botak.
Sebelum memulakan hiking kami buat pemanasan badan oleh Zana dan Abg Sem kami memberi sedikit ucapan tentang do & don'ts dan kami mulakan perjalanan pada pkl 9 pagi dengan hati berkobar2 setelah sebulan stop hiking. Rasa nebes juga ni hahaha mcm 1st time nak naik gunung ni.
Baru rasanya berapa km, Dora dah start mental koyak huhuhu....nasib baik ada Abg Nan & Along serta peserta yang lain bagi perangsang untuk Idura teruskan hiking. Idura dah kata dia nak balik ke starting point tinggal dalam kereta je. Dalam hati jangan buat la Dora surrender. Alhamdulilah Dora meneruskan perjalanan dengan pace tersendiri, kami2 juga sudah tidak berapa laju,. Cuaca pagi ini sungguh nyaman...kabus masih tebal dengan udara sejuk terasa mcm kat cameron mcm tu. Sampai satu point kami behenti menunggu dora sambil2 itu apa lagi...selfie welfie la hahaha...ini mmg saat ditunggu2 oleh kami semua.
Selepas Dora sampai kami bagi dia rehat untuk meneruskan perjalanan ke Bukit Botak. Pada awalnya sahaja agak pacak selepas itu perjalanan agak mendatar. AKhirnya kami sampai di Bukit Botak, selepas sessi bergambar kami meneruskan ke bukit2 yang lain....kadang2 ada peserta berhenti rehat kerana penat dan mengambil nafas yang makin hilang.
Dan akhirnya kami tiba di Bukit Payung dalam pkl 12.00 tengahri dengan jayanya. Kami berehat selama 1 jam sebelum kami meneruskan perjalanan balik. Dalam perjalanan trans itu kami juma beberapa hikers yang turun memanjat pada hari itu. Tepat pkl 2.00 kami sampai dibawah dengan selamatnya....penat allah je yang tahu tapi kami puas dapat memanjat tanpa ada sebarang kecederaan antara peserta.
Terima kasih pada Abg Sem aka Guide sempoi, Abg Nan, Along dan peserta2 yang lain kerana tanpa korang tak akan berjaya Trans ini. In sha allah lain kali jumpa lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Takdir Ya Allah kalau dia bukan yang terbaik untuk diriku, bukan takdir dan jodohku, kau jauhkan dirinya dari pandangan mata dan hatiku. H...
-
Assalamualaikum Minggu pertama dalam bulan Januari.....alhamdulilah tercapai hasrat untuk mendaki Bukit Payung yang selama ini dirancang2....
-
Assalamualaikum Plan trip yang tidak dirancang. Sabtu ini mcm mereput je duk rumah so plan nak hiking la. Tiba2 diaorang suggest Tasik Bi...
salam ada nombor guider yang bawa awak tu tak, nak hiking juga nie. hihi
ReplyDeleteHi, can you share contact number your guider untuk trans ni? Thank you :D
ReplyDeleteSini ada berapa bukit semua sekali yee?
ReplyDeleteAssalualaikum
ReplyDeleteBole share.. contact number GUIDER awak?
Tq
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam...blh minta no contact guider?
ReplyDelete0127158208
Delete