Assalamualaikum
Plan trip yang tidak dirancang. Sabtu ini mcm mereput je duk rumah so plan nak hiking la. Tiba2 diaorang suggest Tasik Biru, Pulai atau Gunung Pulai. Ada yang nak naik G7 tahun ni so mereka nak training jadi semua setuju hiking Gunung Pulai melalui trek.
Kami seramai 8 orang yang dah biasa hiking tapi naik Gunung Pulai melalui trek hutan dan turun jalan tar agak mencabar juga. Kami bertolak agak awal dari rumah kerana konon-konon nak hiking awal pagi tp salah sorang member sampai lambat tapi ada hikmahnya juga sbb rupanya gunung pulai tutup sehingga bulan 1 kerana hujan. Tapi maaf kami redah juga. Kami ikut trip team depan kami redah naik dari pintu pagar air terjun. Ini first time kami ikut situ selalu kami masuk melalui jalan tar hingga nampak signboard Hutan Pelajaran. Kami naik sekitar jam 7.30 pagi
Mula-mula je dia sudah bagi trek pacak, semalam hujan jadi trek agak mencabar...basah dan lecak. Dan dijadikan citer aku pulak lupa bawa kasut, nasib baik masa keluar rumah aku sarung sandal. Jadinya ini lah 1st time aku hiking menggunakan sandal.
Jadi kami susuri trek.....team depan kami sudah jauh kehadapan. Alhamdulilah trek dia senang dan sekali sekala ada juga team lain dan individu lain yang potong kami. Setelah 2.5 jam kami susuri trek Gunung Pulai akhirnya kami sampai puncak batu. Kami berhenti rehat meghilangkan penat lelah sambil lepak2 dan makan snack yang dibawa dan sessi bergambar. Selepas 1/2 jam macam itu kami pun mula melangkah untuk pulang. Ada 2 pilihan sama ada hendak turun melalui jalan tar atau melalui trek hutan semula. Jadi kami buat keputusan untuk melalui jalan tar.
Agak mencabar mental bila turun melalui jalan tar memakai sandal...rasa mcm nak golek je sampai bawah. Dengan keadaan yang agak sunyi....saya dan team menyurusi jalan pulang. Kami berpecah ada yang laju kehadapan dan ada yang santai. Saya memilih untuk sederhana...dlm keadaan keseorangan, jalan pun agak sunyi kerana tiada orang lain, agak laju juga saya berjalan, kalau boleh nak berlari.
Gunung Pulai ini memang terkenal dengan banyak monyet kerana aku keseorangan masa turun jadi aku pun capai kayu kalau ada kecemasan nanti. Alhamdulilah sampai juga kat tempat parking sambil tunggu yang lain sampai, mari lah kita hilangkan dahaga. Kami sampai ke tempat parking semula dalam pkl 12.00
No comments:
Post a Comment