Thursday, 29 March 2018
March 2018
Apa yang terjadi ini semua satu kesilapan, aku tak patut turuti kata hati, aku patut berpikiran rasional. Aku gembira atas penderitaan orang lain dan sekarang aku terpaksa lupakan kegembiraan itu kerana itu bukan hak aku. Dari mula kami tahu hubungan ini tidak ke mana dan kami tahu penghujung bagaimana. Tapi kenapa aku ambil risiko untuk menyakitkan hati sendiri. Bodohkah aku?
Aku tahu segala apa yang aku rasa semuanya datang dari Dia. Benci, Rindu, Sayang, Cinta tapi kita sebagai manusia ada akal fikiran, kita masih boleh berfikiran waras dalam menentukan tujuan hidup kita.
Ya, rinduku tiada penghujung. Terima kasih kerana cinta itu.
Risha Yusof
300318
Monday, 26 March 2018
Impian setiap orang tidak ingin dikecewakan oleh orang yang kita sayang tapi kenyataan ini harus diterima. Mungkin salah aku kerana masih menerima kau dalam hidup aku walaupun aku tau kau akan tinggalkan aku satu hari nanti. Aku akan cuba tinggalkan kau sedikit demi sedikit supaya satu hari nanti bila Allah ambil kau dari aku, aku tidak akan merasa kecewa. Terima kasih kerana pernah menyayangi aku dan menjaga aku. Aku harus pikir tentang anak2 aku mulai sekarang, mereka makin membesar, mereka perlukan aku untuk menjadi ayah dan ibu mereka. Biar kebahagiaan aku dibuang jauh2......bahagia mereka adalah nikmat bagi aku.
Jika satu hari nanti jika Allah hadirkan bahagia itu, aku berharap bahagia itu akan jaga aku dan tidak akan sekali-kali tinggalkan aku lagi hingga ke syurga.
Risha Yusof
260318
Subscribe to:
Posts (Atom)
Takdir Ya Allah kalau dia bukan yang terbaik untuk diriku, bukan takdir dan jodohku, kau jauhkan dirinya dari pandangan mata dan hatiku. H...
-
Assalamualaikum Minggu pertama dalam bulan Januari.....alhamdulilah tercapai hasrat untuk mendaki Bukit Payung yang selama ini dirancang2....
-
Assalamualaikum Plan trip yang tidak dirancang. Sabtu ini mcm mereput je duk rumah so plan nak hiking la. Tiba2 diaorang suggest Tasik Bi...