Wednesday, 20 June 2018

Selamat Hari Raya






Selamat Hari Raya 1439H

Alhamdulilah bertemu lagi kita di Bulan Syawal. Lamanya tak update blog ini....kadang2 tak rasa ingin menulis. Kadang2 tak tahu cara bagaimana ingin luahkan.

Aidilfitri kali ini tiada makna untuk aku lagi kerana aku ditinggalkan dibulan Ramadhan. Perit rasa hati tapi itu lah kenyataan yang harus dihadapi. Aidilfitri kali ini macam-macam yang berlaku tapi biarlah aku pendam seorang diri.

Terima kasih kerana awak pernah hadir dalam hidup saya walau sekejap. Terima kasih kerana awak tak mampu bertahan dengan saya. Walaupun dulu awak pernah kata jangan pernah tinggalkan awak tanpa sebab yang kukuh tapi sebenarnya awak yang tinggalkan saya.

Kerana saya percaya Allah temukan kita dengan seseorang bukan saja-saja. Sampai suatu masa nanti kita nampak jelas atas alasan dan hikmah kenapa kita dipertemukan.

Mungkin sayang awak pada saya dah hilang tapi saya akan tetap pegang pada janji saya hingga Allah buka kan pintu hati saya.

Always will be your cinta hati.

  Takdir Ya Allah kalau dia bukan yang terbaik untuk diriku, bukan takdir dan jodohku, kau jauhkan dirinya dari pandangan mata dan hatiku. H...