Monday, 25 February 2019

Kisah Panjat Gunung....

Kali ini kisah bermula pada awal tahun . Rasa mcm dah terlalu lama duk mereput kat rumah selepas tarikh terakhir panjat di Gunung Ledang Dec hari tu.


Tasik Biru.....@ Pulai, Johor


Plan ngan kembaq...boring seh duk umah, jom apa kata lepas antar kids school kita lepak Tasik Biru. Kembaq pun ON. So lepas antar kids to school, kami pun menuju ke Tasik Biru.

Sebenarnya nak bawa hati yang lara sebab itu masuk hutan. Plan kali ni nak sampai kem kopi, lepak2 ON dapur haram. Kali ni kita redah je lah, ada orang on trek kita tanya je hahahaa.

Akhirnya kami berjaya sampai ke kem kopi, on they way ke sana kami terserempak Azam, salah sorang budak hikers juga. Ramai juga yang lepak kat kem kopi ini, ramai uncle and aunties. Lepak jap ngan Azam dan geng, mereka akan meneruskan ke Pulai. Kami diajak sekali, hati berbelah bahagi sbb takut tak sempat nak pick up kids dan kedua takut tak padu untuk sampai.

Dengan hati berbelah bahagi, kami follow Azam tapi half way je sebab betis dah mula buat hal. Jadi kami decide untuk tidak meneruskan dan turun semula ke kem kopi. Sampai ke Kem Kopi yang tinggal hanya 1 family, kami pun bentang lah ground...ala2 piknik gitu. Sambil2 masak air dan maggi, aunty tu datang borak dengan kami. Macam2 dia tanya kat kami, mcmana nak beli stove, mcmana nak guna, kami yang nak lelap mata ni pun terus tak jadi, terus jadi segar hahahaa.

Tapi the best partnya masa kami nak kuar tempat yang kami lalu dah dipagar, nasih baik ada 1 lubang yang muat2 untuk kami keluar. Kami jadi pelik tapi teruskan jalan sbb dah lepas zohor. Rupanya ada 1 kejadian yang berlaku kat luar sana hahahhaa. Waktu kami tengah sedap lepak kat kem kopi, ada rush kat luar patutlah pintu itu dah berpagar huhuhu selamat.


Itu lah kali terkahir kami pergi Tasik Biru dan pertama dan terkahir kami ke Kem Kopi yang kini hanya tinggal sejarah. Walaupun tempat itu sekrang sudah menjadi kawasan larangan tapi masih ada lagi yang mengunjungi kawasan itu.

Air dia yang biru memukau sesiapa saja yang mendaki disitu.







No comments:

Post a Comment

  Takdir Ya Allah kalau dia bukan yang terbaik untuk diriku, bukan takdir dan jodohku, kau jauhkan dirinya dari pandangan mata dan hatiku. H...