Thursday, 16 January 2020

Selamat Hari Jadi Anakku

Alhamdulilah....11 tahun Muhammad Sayyid Iffat Shamsuddin. Cucu pertama dan anak pertama umi. Tiada apa yang umi mampu berikan hanya ilmu pelajaran untuk iffat. Umi tiada harta untuk mewahkan iffat cuma ilmu untuk iffat supaya bila besar nanti...ilmu ini akan iffat gunakan.

Nanti iffat jagalah Syifa & Raaiq, korang hanya ber 3 sahaja

🎁 Barakallahu fii umrik ... tambah lagi usia iffat .. tambah pula tanggungjawabmu untuk belajar dengan rajin ...

🎁 Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa di bawah lindungan Allah ...

🎁 Tetaplah menjadi yang terbaik dan jadilah anak yang berbakti kepada orang tua ...

🎁 Semoga Allah memberikan kemudahan dalam mengejar cita-cita ...


Sunday, 12 January 2020

Hiking Journey

1st trip 2020 - 4.1.2020
Lokasi: Tasik Biru, Pulai, Johor
Seramai 19 orang memulakan pendakian santai2 leha ....
Saje2 cuci mata, bawa orang Batu Pahat datang tengok Tasik Biru.







Proses memakai braces

Tarikh 2.1.2020
Proses memakai braces kerana kedudukan gigi depan dia. Mula2 dia ok je, lepas 2 hari bari dia rasa sengal2. Makan pun tak boleh sebarang. Semua kena potong kecil2. Kacang dan gula lagi lah tak boleh makan sangat. Lepas makan kena berus gigi...bermula rutin macam tu sehingga 1 tahun setengah.

Kenapa gigi depan dia macam tu? Sebab pada awalnya dia ada extra gigi tapi sdoktor gigi kata tunggu dah besar baru cabut. Tapi belakang gigi extra tu dah ada gigi lain yang keluar. Jadi pergi lah pakar gigi dan doktor gigi tu kata extra gigi tu boleh cabut untuk memudahkan gigi depan tu keluar tapi sayang gigi tu keluar dengan salah kedudukan

Memang susah pakai braces waktu kecil sebab banyak benda kena remind terutama bab makan. Kalau braces tu patah, kena keluarkan duit lagi.

Nanti kita update bagaimana gigi syifa selepas beberapa bulan pakai






Gigi depan dia sebab tu kena pakai braces

Sunday, 5 January 2020




Selamat datang 2020.....selamat tinggal 2019

Alhamdulilah dengan izinnya aku masih bernafas sehingga kini.
Aku berdoa semoga allah kurnia aku kesihatan yang baik, diperluaskan rezeki dan kebahagiaan.

Tiada apa lagi yang aku minta.

Allah
Alu tak tahu apa aku rasa sekarang
Sedih pun tidak
Kecewa pun tidak
Terlalu bahagia pun tidak

Namun, aku bersyukur kini aku
Mampu lagi tersenyum dan
Ikut atuan takdirMu dengan tenang

Kasha
06012020

  Takdir Ya Allah kalau dia bukan yang terbaik untuk diriku, bukan takdir dan jodohku, kau jauhkan dirinya dari pandangan mata dan hatiku. H...