Nervous memang nervous....tinggi kot dan banyak orang kata Gunung Rajah ni susah, trek panjang, lagi susah dari gunugn2 G7. Tapi itulah nak juga rasa kan.
Kami bergerak dari JB dalam pkl 8.30 mlm, agak lewat juga spai di KL almost tgh mlm. Kami bergerak ke Bentong. Seramai 21 orang mengikuti trip ke Gunung Rajah ini. Kami mula hiking pada pkl 4.30 pagi dan tiba di pintu rimba pukul 6.00 pagi. Selepas solat subuh lebih kurang pkl 7 pagi kami memulakan pendakian ke Lata Naning, campsite kami.
Kami tiba di camp site lebih kurang pkl 11.00 pagi dan mengambil keputusan untuk naik ke peak pada esoknya. So lebih kepada acara bebas. Kami mendaki ke puncak pada pukul 4 pagi, agak lewat tapi ia tak menjadi satu masalah. Kami memulakan pendakian dengan satu harapan kami semua sampai ke puncak. Akhirnya kami sampai ke puncak pada pukul 9.30 pagi. Lebih kurang pkl 11.00 kami turun ke campsite untuk persiapan keluar. Akhirnya kami semua sampai ke kereta masing2 tepat pkl 8 malam.
No comments:
Post a Comment