Tuesday, 7 April 2020

Perintah Kawalan Pergerakan #PKP

Assalamualaikum

Lama rasanya tak update cerita kat blog ini. Walaupun blog ini tak de pengunjungnya tapi ia umpama diari luahan rasa. Kadang2 kita tak mampu luahan dari hati ke hati tapi melalui penulisan.

Hari ini genap #PKP21. Bermakna sudah 21 hari kita menjalani perintah kawalan pergerakan, Siapa sangka Malaysia akan mengalami 1 wabak virus yang bahaya. 1 dunia sebenarnya mengalami virus ini. Sebenarnya banyak yang kita boleh belajar dari musibah yang melanda negara kita.

Yes personally, banyak yang aku belajar dan mengubah diri aku sendiri. Hanya aku yang tahu tapi basically aku lebih tenang, aku lebih menghayati diri aku sendiri. Au tahu aku kuat, aku tahu aku mampu. Aku akan selalu bersangka baik pada Allah kerana apa yang terjadi mesti ada sebab dan hikmahnya.

Ya allah peliharakan diri aku, anak2 aku, ibu bapa aku, adik beradik ku dan orng2 yang aku sayang, jauhilah mereka dari musibah yang melanda sekarang, permudahkan kehidupan mereka dan berikan mereka hidayah.

Aku cuba dan tengah mencuba memaafkan orang2 yang telah menyakiti diri ini. Mungkin aku dah maafkan tapi aku belum mampu lupakan apa yang mereka lakukan pada aku. Rasa sakit, rasa bodoh, rasa kecewa  saling berganti rasa tu. Aku amat kecewa tapi aku cuba ubati kekecewaan itu, aku x pasti bila tapi Allah akan hadiahkan pelangi dipenghujungnya. Aku yakin.

Aku telah memilih kehidupan aku...dan aku akan teruskan kehidupan ini seperti yang telah Allah takdirkan. Aku cuma berharap aku tak akan ketemu lagi mereka hingga aku menutup mata. Parutnya masih kekal disitu. Kadang2 aku pun buntu, rasa sakit masih ada walau dah bertahun berlaku, adakah itu tanda aku masih belum maafkan mereka!

~Kasha~

No comments:

Post a Comment

  Takdir Ya Allah kalau dia bukan yang terbaik untuk diriku, bukan takdir dan jodohku, kau jauhkan dirinya dari pandangan mata dan hatiku. H...