Friday, 11 June 2021

 

Takdir



Ya Allah kalau dia bukan yang terbaik untuk diriku, bukan takdir dan jodohku, kau jauhkan dirinya dari pandangan mata dan hatiku. Hapuskan segala rasa didalam hati ini.

Tapi makin aku berdoa, ia ada sentiasa dengan ku. 

Kenapa? Aku tak ingin mengingati dirimu lagi. Tidak ingin meletak sebarang harapan kerana aku tau kau bukan takdirku.

Tapi Allah masih hadirkan engkau, engkau masih mencari aku, kenapa kau tidak pergi je tinggal aku sendiri

Semakin aku ingin lari dari takdir, semakin takdir itu seolah mengejar aku.

Aku penat, ya aku rindukan engkau, aku sayangkan engkau dan aku ajar hati ni untuk berlapang dada untuk menerima ketentuan illahi.

Tapi kenapa sehingga kini engkau masih ada dipandangan mata ini.

Kau dah berpunya, lawa orangnya, sama segak dengan kau. Tapi kena perlu kau whatsapp kembali perempuan yang telah kau buang dari hidup kau sejak bertahun dahulu.

Dulu aku selalu fikirkan ego aku tapi kini aku makin menjauh kerana memikirkan maruah aku.

Terima kasih untuk semua


Risha Yusof
11062021



No comments:

Post a Comment

  Takdir Ya Allah kalau dia bukan yang terbaik untuk diriku, bukan takdir dan jodohku, kau jauhkan dirinya dari pandangan mata dan hatiku. H...