Sunday, 31 December 2017

Disaat aku merasa sendirian
Aku ingin mempunyai seseorang 
Yang dapat menemani aku...

Disaat aku merasa sedih
Aku ingin mempunyai seseorang
Yang dapat menghiburkan hati ku...

Disaat aku merasa bosan
Aku ingin mempunyai seseorang 
Yang dapat membuat aku tertawa...

Ya Allah
Aku tidak minta harta yang banyak
Teman yang segunung
Dan hidup yang sempurna,
Aku tidak selayak itu

Aku hanya meminta seseorang
Yang menyayangiku dengan tulus ikhlas
Dan selalu ada untuk aku...

Aku hanya perlukan cinta, masa dan perhatian...
Dari lelaki yang benar2 menyayangi diri ini
Dan ia boleh terima aku seadanya
Kerana tanpa keikhlasan dan kejujuran
Cinta itu akan mati.


Doa ku untuk mu....


Saturday, 30 December 2017

Hanya Ingin Kau Tahu




Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Takdir ini



Hari ini 30.12.2017 jauh sudah perjalanan ini, genap umur 40 tahun aku hidup di muka bumi ini. 
Terima kasih Allah kerana memberi aku peluang untuk menikmati hidup ini dengan cara tersendiri. Terima kasih atas semua yang terjadi. Terima kasih atas semua kenangan yang telah tercipta.

Adakah aku akan bernafas pada esoknya atau nafas aku terhenti pada tanggal ini? Hanya Allah yang lebih mengetahui isi hati ini, perjalanan hidup ku dan juga takdirku.

Ya Allah, jika ini perjalanan aku hingga aku menutup mata, aku memohon izinkan sedikit kebahagiaan untuk anak2 ku - Sayyid Iffat, Syifaa Maryam & Sayyid Raaiq. Aku terima dan redha dengan ujian yang kau berikan kepada aku tapi anank2 aku masih terlalu kecil untuk mereka hadapi ujian ini, bahagia kan la mereka sehingga mereka mampu menghadapi musibah atau ujian untuk mereka.

Ya Allah, aku makin tidak kuat untuk hadapi ujian mu ya allah, aku cuba tapi kekuatan itu makin hilang. Kekuatan yang pernah ada dalam hidup ku sebelum ini, pulangkan lah ya allah kekuatan itu untuk aku kuat demi anak2 ku. Aku tahu setiap dugaan yang hadir itu tanda Allah masih sayangkan aku walaupun kadang2 aku lalai dengan tanggungjawab aku pada mu Ya allah. Allah hadirkan ujian kerana dia tahu kemampuan aku untuk atasinya tapi aku tak mampu kehilangan orang yang benar2 aku sayang. 

Maaf jika kasih sayang ini satu kesalahan dan kesilapan. Aku sedar diri ini tidak sempurna seperti yang kau inginkan. Aku cukup sedar siapa diri aku sewaktu kau hadir dalam hidup ini. Aku tak pernah lupa walaupun sesaat. Aku bahagia dari saat itu sehingga kebahagiaan itu tercalar pada detik 24.9.17. Saat itu rasanya seperti apa yang pernah kau rasa pada saat 14.5.17. Apa yang kau rasa dan aku rasa sama.....rasa kecewa rasa yang susah nak diucapkan kerana hanya kau dan aku je yang tahu rasa itu.

Aku kecewa kerana kau menafikan hubungan ini dan kecewa itu disusuli dengan sikap kau pada hubungan kita dan kau kecewa pada aku kerana kau rasa aku mempermainkan kasih sayang kau dulu. kerana apa yang kita rasa membuatkan hubungan kita makin tercalar. Ya bagi kau kita tak pernah ada masalah. Jadi kau boleh terus beranggapan begitu

Aku seikhlas hati izinkan kau pergi dari kehidupan aku jika hubungan ini hanya satu bebanan untuk kau. Apa yang dah berlaku tetap sudah berlaku. Aku sanggup lakukan apa sahaja untuk kau benci aku, untuk buatkan kau jauh dari aku. Tiada apa lagi yang tinggal, aku hanya ingin lihat kau bahagia bersama orang yang sudah berada lebih lama dalam hidup kau dan yang kau sayang. Aku hanya hadir seketika sewaktu kau memerlukan seseorang untuk buang rasa itu. Ya aku lah manusia itu. Dan sekarang waktunya sudah sampai untuk aku pergi.

Aku sayang kau seikhlas hati aku, aku cintakan kau tapi semua itu tidak cukup. Aku lupa siapa pasangan aku, aku lupa kau tidak layak untuk aku miliki. Tapi izinkan aku terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang pernah menyayangi diri ini agar kau terus bahagia bersama impian dan cita2 kau. Walaupun kita akan makin menjauh, aku akan sentiasa iringi dengan doa.

Terima kasih atas kasih sayang ini, rindu dan cinta yang pernah kau berikan. Aku rasa dah sampai masanya untuk kita pergi kerana hati masing2 dah tercalar. Selagi kita masih begini selagi itu kita akan terus menyakitkan hati antara satu sama lain. Bukan kerana aku tak sayang tapi aku tak nak kau makin terluka bila bersama aku. Aku tak nak kau juga tercalit dengan takdir aku. Kau tidak takut ke jika kau berkawan dengan aku kebahagiaan diri sendiri susah untuk kekal? Jika kau kuat untuk hadapi ujian bersama aku, kau boleh bersama aku tapi jika hati kau berbelah bahagi kau tahu apa yang patut kau lakukan. Ini takdir kita.



Hati yang kecewa
301217
11.58 mlm




Monday, 25 December 2017

S.A.B.A.R


Allah itu Maha Adil

Dia telah mengatur perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang.

Percaya saja.
Allah menggenggam semua doa.

Lalu dilepaskan-Nya satu persatu di saat yang paling tepat.

Sabar Allah takkan biarkan hamba-Nya bersedih selamanya.

Dia hanya mahu kita kembali ke jalan-Nya. Ke jalan yang seharusnya.

Dia berikan perpisahan agar kita sedar itu bukan yang terbaik untuk kita. Bukan bererti Allah tak sayang dengan kita.

Allah tahu apa yang terbaik. Dia mengatur semuanya jadi lebih indah.

Lalu, yakinlah dengan ketentuan Allah.

"La tahzan innallaha ma'ana."
"Don't be sad. Allah is with us"

Jika akhirnya kamu tidak bersama dengan orang yang sering kamu sebut dalam doamu, mungkin kamu akan bersama  dengan orang yang diam-diam mendoakanmu.



Risha Yusof
251217

Saturday, 3 June 2017

Assalamualaikum


3rd Jun 2017.

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan.
Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan.
Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain.

Pertemuan selalu mewujudkan perkenalan
tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan
persahabatan....
Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan
tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan
memori lalu......

Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi
makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan
Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan
rasa rindu yang berpanjangan....


Terima kasih cinta

::: WAHAI LELAKI :::


::: WAHAI LELAKI :::
Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu,
Bawalah dia ke jalan Allah, Nasihatilah dia,
Perbetulkan kesilapannya, Jagalah dia dengan baik,
Kasihanilah dia, lindungilah dia, Berilah kasih sayang padanya,
Hargailah dia, Ucapkan terima kasih atas kelebihannya, Bersabar dengannya, Terimalah & cintailah kekurangannya, Jadi imam terbaik & redhalah padanya.
Moga dia menunggumu di syurga ! INSYA-ALLAH

Tuesday, 30 May 2017



"Apa pun, jangan suka sangat pegang hati awak erat - erat. Serahkanlah pada tuhan. Dia pegang, dia akan jaga hati awak baik - baik. Bukan kah dia yang menentukan soal jodoh, soal kematian, dan soal apa pun asbab terjadinya sesuatu dalam hidup awak. Serahkanlah pada dia. Dia tahu mana yang terbaik untuk awak, dan seluruh kehidupan awak. Suka seseorang tu jangan suka sangat. Boleh jadi kita rasa dia baik untuk kita, tapi sebenarnya belum tentu"
"Istikharahlah"

"Tuhan pasti akan beri yang terbaik untuk seluruh kehidupan ."


Wednesday, 26 April 2017




CINTA tidak selalu bersama JODOH tapi JODOH selalu bersama CINTA,

Kita belum pasti akan menikahi orang yang kita cinta tapi kita wajib mencintai orang yang kita nikahi






Rindu Tiada Penghujung


Kadang2 Allah sembunyikan matahari....
Dia datangkan petir dan kilat...
Kita menangis dan tertanya tanya,
Kemana hilangnya sinar.....

Rupa-rupanya....

Allah nak hadirkan kita pelangi

Cinta hati




Kisahku ini bukanlah kisah tentang
bagaimana mentari bersinar
melainkan tentang kisah dimana harapan
ada pelangi setelah hujan
kisahku ini bukanlah kisah tentang
tawa dan canda
melainkan kisah bagaimana terbentuknya
tawa diatas luka...
Bukan juga tentang kisah yang meleganda bagaikan Romeo dan juliet
Hanya kisah yang telah dituliskan Tuhan
dengan tinta kehidupan dan pena
atas nama TAKDIR
Hanya kisah....
bagaimana kelamnya masa lalu
beratnya masa kini
dan perjuangan masa depan
inilah kisahku...
kisah dimana cinta menjadi hal yang harus diperjuangkan...
tentang hujan dan kenangan,
tentang hidup dan air mata,
tentang cinta dan kesendirian,
kekecewaan dan kesabaran....
Puisi By : Zakia Mardhotillah


270417
Risha Yusof.

Thursday, 12 January 2017





12.01.2009- 8 tahun
Muhammad Sayyid Iffat Shamsuddin.

Anak pertama katakan.......Kahwin lambat jadi anak pun masih kecil tapi bersyukur adanya dia.

Terima kasih Allah kerana memberi keizinan melahirkan Iffat. Walaupun ada kepincangan dalam kehidupan aku sentiasa doakan agar iffat dapat menjadi abang kepada adik2 dia.

Umi doakan yang terbaik untuk iffat dunia & akhirat. Jadi anak yg soleh kepada umi, grandma, grandpa, vim, bie, aunty ayu, umi dd, abi sofi, akim & ibu. Jadi anak yng dengar kata, terang hati & ceria. Umi akan cuba jadi ibu yg terbaik walaupun yes umi mmg garang & iffat always tak nak dengar kata umi. Doa umi pada iffat jadi muslimin yang berguna dunia & akhirat, boleh jaga adik bila umi dah tak de nanti, moga dijauhkan segala kesusahan pada iffat.

No matter how much we scold you awlays remember that behind the temporary drops of anger, there is an ocean of eternal love just waiting to embrace you.

P/S: Pesan umi jangan jadi abg2 sgt boleh tak...u still young ok....enjoy the moment...

Love u from us, ðŸ’‹ðŸ’‹ðŸ’‹
Umi, Maryam & Raaiq
12.01.2017

Tuesday, 10 January 2017


Bukit Sisek Via Pelepah Kiri
7-8hb Jan 2017





Lamanya tak update blog....seminggu sudah rupanya. Nak update pasal my activiti. Now Risha more focus on gym, aerobic & hiking. Lama dah tak berzumba so rasa kekok pulak bila selit2 zumba hahaha....

Lagipun sekrang dah kerja jadi masa amat2 terhad. Siang keje, malam tgk kids. Weekend je la baru beraktiviti hehehe.

Last xtvt ialah hiking Gunung Pelepah...memg terbaik. Dengan suasana...air terjun etc.....mcm tak nak balik dah


Hiking aktiviti:


Gunung Panti Barat
513m/1684ft
25 Disember 2016











Tuesday, 3 January 2017



ITS ME - RISHA YUSOF 💘




MY THREE MUSKETERS 👄👄👄👄






OUTDOOR XTVT


This is ME !!!

Risha Yusof

Know ME before YOU judge ME......

Monday, 2 January 2017



BFF - bukan Boyfriend forever tau - Best Friend Forever


Always be my besties


Rasanya start perkenalan kita 2014..kalau tak salah...lupa2 ingat (mak dah tua ok nokss). Mula2 kenal masa kelas zumba hehehe....lama2 jadi kawan. Lepas tu jadi kawan baik sehingga la sekarang....harap2 till syurga.

Maybe serasi bersama tu boleh jadi kawan. Aku rasa aku yang paling banyak meroyan dekat ko haha....
Thanks being a friend & sister to me walaupun kita dua2 anak sulung.

I know i can always count on YOU....




Assalamualaikum


Yeayyyy dah masuk hari ke 3 tahun 2K17.......baru 3 hari tapi pelbagai rasa telah berlaku. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala yang berlaku.

Kids !!!

Semua anak2 dah mula sekolah. Tahun ini Raaiq mula sekolah Pra Tadika...alhamdulilah dia seorang anak yang baik. Bangun pagi pun ok je tak menangis, dekat sekolah pun just tinggalkan dia je. Dia akan jadi lelaki yang berdikari. Maryam & Iffat diaorang dah sangat berdikari. Memang tak de masalah uruskan persekolahan mereka.

Me !!!

Start keje mcm biasa, AZAM.....nak cari Mr. Azam la hahaha.....apa erkk azam? pernah ke ada azam @ target hahahah.... WAIT & WATCH.....




Day 1 - Maryam & Raaiq
Day 2 - Raaiq punya ngantuk masuk kereta terus tido heheheh





  Takdir Ya Allah kalau dia bukan yang terbaik untuk diriku, bukan takdir dan jodohku, kau jauhkan dirinya dari pandangan mata dan hatiku. H...