Saturday, 30 December 2017

Takdir ini



Hari ini 30.12.2017 jauh sudah perjalanan ini, genap umur 40 tahun aku hidup di muka bumi ini. 
Terima kasih Allah kerana memberi aku peluang untuk menikmati hidup ini dengan cara tersendiri. Terima kasih atas semua yang terjadi. Terima kasih atas semua kenangan yang telah tercipta.

Adakah aku akan bernafas pada esoknya atau nafas aku terhenti pada tanggal ini? Hanya Allah yang lebih mengetahui isi hati ini, perjalanan hidup ku dan juga takdirku.

Ya Allah, jika ini perjalanan aku hingga aku menutup mata, aku memohon izinkan sedikit kebahagiaan untuk anak2 ku - Sayyid Iffat, Syifaa Maryam & Sayyid Raaiq. Aku terima dan redha dengan ujian yang kau berikan kepada aku tapi anank2 aku masih terlalu kecil untuk mereka hadapi ujian ini, bahagia kan la mereka sehingga mereka mampu menghadapi musibah atau ujian untuk mereka.

Ya Allah, aku makin tidak kuat untuk hadapi ujian mu ya allah, aku cuba tapi kekuatan itu makin hilang. Kekuatan yang pernah ada dalam hidup ku sebelum ini, pulangkan lah ya allah kekuatan itu untuk aku kuat demi anak2 ku. Aku tahu setiap dugaan yang hadir itu tanda Allah masih sayangkan aku walaupun kadang2 aku lalai dengan tanggungjawab aku pada mu Ya allah. Allah hadirkan ujian kerana dia tahu kemampuan aku untuk atasinya tapi aku tak mampu kehilangan orang yang benar2 aku sayang. 

Maaf jika kasih sayang ini satu kesalahan dan kesilapan. Aku sedar diri ini tidak sempurna seperti yang kau inginkan. Aku cukup sedar siapa diri aku sewaktu kau hadir dalam hidup ini. Aku tak pernah lupa walaupun sesaat. Aku bahagia dari saat itu sehingga kebahagiaan itu tercalar pada detik 24.9.17. Saat itu rasanya seperti apa yang pernah kau rasa pada saat 14.5.17. Apa yang kau rasa dan aku rasa sama.....rasa kecewa rasa yang susah nak diucapkan kerana hanya kau dan aku je yang tahu rasa itu.

Aku kecewa kerana kau menafikan hubungan ini dan kecewa itu disusuli dengan sikap kau pada hubungan kita dan kau kecewa pada aku kerana kau rasa aku mempermainkan kasih sayang kau dulu. kerana apa yang kita rasa membuatkan hubungan kita makin tercalar. Ya bagi kau kita tak pernah ada masalah. Jadi kau boleh terus beranggapan begitu

Aku seikhlas hati izinkan kau pergi dari kehidupan aku jika hubungan ini hanya satu bebanan untuk kau. Apa yang dah berlaku tetap sudah berlaku. Aku sanggup lakukan apa sahaja untuk kau benci aku, untuk buatkan kau jauh dari aku. Tiada apa lagi yang tinggal, aku hanya ingin lihat kau bahagia bersama orang yang sudah berada lebih lama dalam hidup kau dan yang kau sayang. Aku hanya hadir seketika sewaktu kau memerlukan seseorang untuk buang rasa itu. Ya aku lah manusia itu. Dan sekarang waktunya sudah sampai untuk aku pergi.

Aku sayang kau seikhlas hati aku, aku cintakan kau tapi semua itu tidak cukup. Aku lupa siapa pasangan aku, aku lupa kau tidak layak untuk aku miliki. Tapi izinkan aku terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang pernah menyayangi diri ini agar kau terus bahagia bersama impian dan cita2 kau. Walaupun kita akan makin menjauh, aku akan sentiasa iringi dengan doa.

Terima kasih atas kasih sayang ini, rindu dan cinta yang pernah kau berikan. Aku rasa dah sampai masanya untuk kita pergi kerana hati masing2 dah tercalar. Selagi kita masih begini selagi itu kita akan terus menyakitkan hati antara satu sama lain. Bukan kerana aku tak sayang tapi aku tak nak kau makin terluka bila bersama aku. Aku tak nak kau juga tercalit dengan takdir aku. Kau tidak takut ke jika kau berkawan dengan aku kebahagiaan diri sendiri susah untuk kekal? Jika kau kuat untuk hadapi ujian bersama aku, kau boleh bersama aku tapi jika hati kau berbelah bahagi kau tahu apa yang patut kau lakukan. Ini takdir kita.



Hati yang kecewa
301217
11.58 mlm




No comments:

Post a Comment

  Takdir Ya Allah kalau dia bukan yang terbaik untuk diriku, bukan takdir dan jodohku, kau jauhkan dirinya dari pandangan mata dan hatiku. H...