Sunday, 9 June 2019





Selamat Hari Raya 1440H.

Lamanya tak update dalam blog ini. Ntah perasaan untuk menulis dan meluahkan terus lesap hilang. Hingga kini masih belum ada mood untuk menulis.


Selamat Hari Raya, maaf zahir Batin. Semoga Syawal kali ini membei seribu kebahagiaan kepada semua

Monday, 25 February 2019

Kisah Panjat Gunung....

Kali ini kisah bermula pada awal tahun . Rasa mcm dah terlalu lama duk mereput kat rumah selepas tarikh terakhir panjat di Gunung Ledang Dec hari tu.


Tasik Biru.....@ Pulai, Johor


Plan ngan kembaq...boring seh duk umah, jom apa kata lepas antar kids school kita lepak Tasik Biru. Kembaq pun ON. So lepas antar kids to school, kami pun menuju ke Tasik Biru.

Sebenarnya nak bawa hati yang lara sebab itu masuk hutan. Plan kali ni nak sampai kem kopi, lepak2 ON dapur haram. Kali ni kita redah je lah, ada orang on trek kita tanya je hahahaa.

Akhirnya kami berjaya sampai ke kem kopi, on they way ke sana kami terserempak Azam, salah sorang budak hikers juga. Ramai juga yang lepak kat kem kopi ini, ramai uncle and aunties. Lepak jap ngan Azam dan geng, mereka akan meneruskan ke Pulai. Kami diajak sekali, hati berbelah bahagi sbb takut tak sempat nak pick up kids dan kedua takut tak padu untuk sampai.

Dengan hati berbelah bahagi, kami follow Azam tapi half way je sebab betis dah mula buat hal. Jadi kami decide untuk tidak meneruskan dan turun semula ke kem kopi. Sampai ke Kem Kopi yang tinggal hanya 1 family, kami pun bentang lah ground...ala2 piknik gitu. Sambil2 masak air dan maggi, aunty tu datang borak dengan kami. Macam2 dia tanya kat kami, mcmana nak beli stove, mcmana nak guna, kami yang nak lelap mata ni pun terus tak jadi, terus jadi segar hahahaa.

Tapi the best partnya masa kami nak kuar tempat yang kami lalu dah dipagar, nasih baik ada 1 lubang yang muat2 untuk kami keluar. Kami jadi pelik tapi teruskan jalan sbb dah lepas zohor. Rupanya ada 1 kejadian yang berlaku kat luar sana hahahhaa. Waktu kami tengah sedap lepak kat kem kopi, ada rush kat luar patutlah pintu itu dah berpagar huhuhu selamat.


Itu lah kali terkahir kami pergi Tasik Biru dan pertama dan terkahir kami ke Kem Kopi yang kini hanya tinggal sejarah. Walaupun tempat itu sekrang sudah menjadi kawasan larangan tapi masih ada lagi yang mengunjungi kawasan itu.

Air dia yang biru memukau sesiapa saja yang mendaki disitu.







Friday, 8 February 2019





Next thread nanti kita citer pasal hobi risha sejak 2017....nak masuk tahun ke2 dah 😉😉😉

Kenapa pilih hobi ini?

Mendaki

Mungkin bagi yang tidak pernah atau tidak minat akan mengatakan apa yang dapat dari mendaki. Sebenarnya banyak yang kita boleh dapat kesabaran, ketenangan, muhasabah diri dll. Hanya yang pernah pergi sahaja yang tahu.

Di atas puncak kita tengok kebesaran Allah. Nikmat yang tak terhingga. Mendaki kita berjumpa ramai orang, bangsa dan agama. Mendapat banyak pengalaman dan kawan.



Januari sudah melabuhkan sayapnya...cepat kan masa berlalu. Hari berganti hari, masa berlalu, manusia berubah. Siapa aku untuk menidakkan apa yang berlaku. Semua itu telah tertulis dalam kehidupan aku. Tok Batin, lelaki yang aku kenal 3 bulan yang lepas. Lelaki misteri...sungguh misteri tentang dia.

Jika ditanya apa yang aku kenal tentang dia....sesungguhnya memang aku tidak mengenali dia. Pada mulanya aku mengenali dia kerana mengikuti satu trip perkhemahan dixxxx, Terengganu. Aku seperti biasa memang tak ambil peduli, yang aku tahu aku menikmati suasana dalam hutan

SEHINGGA

jari aku tertumpanh sup panas, baru aku sedar kewujudan dia. Dalam trip itu dia dikenali sebagai Aqib, seorang yang tak banyak cakap dan suka senyum....ia senyuman dia manis ;) Dia crew untuk trip itu sebagai tanker cum sweeper. Padu bak hang.

Bila kejadian jari aku terkena tumpahan sup panas, dia bersuara suruh rendam jari aku dalam air. Tapi Zana kata jangan, bubuh je ubat gigi. Hahahaha nasib baik aku x dengar cakap dia, kalau tidak dia pasti menjadi musuh aku. Masa nak basuh pinggan pun dia tak bagi jari kena air. Aik bukan tadi dia suruh rendam jai aku dalam air (tepuk dahi)

Sejak kejadian itu...senyuman dia mencuri pandangan mata aku. Aku mula takut2 malu untuk menegur tapi tgk dia pun ok je. So xde lah rasa kekok. Zana ada kata...dia ada ambil gambar curi2 hahahaa...biarlah asalkan dia bukan perogol bersiri hahahaha.

Sewaktu kami sampai ke kaki gunung xxx, masing2 sibuk menyiapkan diri untuk pulang ke rumah masing2. Ada yang mengemas, ada yang melepaskan lelah,,,,,Penat kau nak balik JB lagi...aku ada borak kejap dengan aqib. 1st impression aku pada aqib, aku nak kenal siapa dia, tentang dia. Tapi seperti trip2 hiking yang sebelum ini. Ia akan berakhir disitu sahaja. Kami berborak sekejap sebelum masing2 pulang.

TAPI

rupanya ia tidak terhenti sehingga itu, kerana ada misi yang tak sudah...GAMBAR. Susahnya nak dapat gambar dari dia. Umpama menanti bulan jatuh ke riba, dah lah susah nak balas whatsapp. Lama2 aku pun malas nak tunggu gambar tu.


MASA

akhirnya dia bagi gambar kat xxx dan kami keep in touch. Dia lelaki yang susah nak balas whatsapp mungkin kerja dia yang menuntut masa dari pandang hp. Pertemuan pertama berlaku trip Lata Hammer (1-2/12/18). Itu lah pertama kali aku jumpa dia balik selepas trip xxx walaupun sebelum itu banyak kali arrange trip untuk berjumpa.

NERVOUS

Itulah perasaan sebenar aku., dah lah kena pick up dia kat rumah. aje gila je semua ni. Hati berdebar2....apa aku nak cakap ngan dia, mcmana nak mulakan perbualan. Nasib ada kawan dia skali so tak ada lah kekok kan. Tapi serius aku kekok gila ngan dia. Perjumpaan kali ini lain sgt....banyak cakap dari dulu. banyak tanya tapi seronok, jenis tak kasar, sopan, pandai menjaga. Aku happy berkawan ngan dia. Pelbagai kenangan berlaku untuk disimpan di memori kenangan. Aku mula suka berkawan dengan dia. Perasaan suka itu datang spontan.

HILANG

Tapi ada kalanya perasaan menutup apa yang berada didepan mata. Peristiwa 19.1.19 tak akan pernah aku lupa, Benda yang ingin kan jawapan terlerai disitu. Aku yang tidak dapat mengawal perasaan kenapa dia berubah menjadi satu titik untuk terus pergi dari dia. Yea...masing2 ada ego. Dia buat keputusan memilih jalan hidup dia dan aku telah memilih jalan hidup aku. Biar disitu menjadi titik noktah supaya tidak berlaku berpanjangan. Kisah yang tiada kesudahan, kegembiraan menjadi kesakitan. Biar ia terlerai disitu. Aku memilih untuk pergi sebab tiada guna untuk bertahan disitu.


Kini Februari datang dengan 1 kisah yang pelik.......








  Takdir Ya Allah kalau dia bukan yang terbaik untuk diriku, bukan takdir dan jodohku, kau jauhkan dirinya dari pandangan mata dan hatiku. H...