Thursday, 27 February 2020

Gunung Rajah 1685 mtr

Tarikh 15.2.2020 tercatat kenangan aku emndaki gunung yang sebelum ini menjadi wishlist. Mulanya tak terpikir pun nak daki cuma selepas Andrian daki gunung tu dan dia cakap dengan aku kalau boleh tak payah lah aku pergi....ia menjadi 1 cabaran untuk aku. Plan dari tahun 2019 dan akhirnya Februari 2020 tercapai.


Nervous memang nervous....tinggi kot dan banyak orang kata Gunung Rajah ni susah, trek panjang, lagi susah dari gunugn2 G7. Tapi itulah nak juga rasa kan. 

Kami bergerak dari JB dalam pkl 8.30 mlm, agak lewat juga spai di KL almost tgh mlm. Kami bergerak ke Bentong. Seramai 21 orang mengikuti trip ke Gunung Rajah ini. Kami mula hiking pada pkl 4.30 pagi dan tiba di pintu rimba pukul 6.00 pagi. Selepas solat subuh lebih kurang pkl 7 pagi kami memulakan pendakian ke Lata Naning, campsite kami.


Kami tiba di camp site lebih kurang pkl 11.00 pagi dan mengambil keputusan untuk naik ke peak pada esoknya. So lebih kepada acara bebas. Kami mendaki ke puncak pada pukul 4 pagi, agak lewat tapi ia tak menjadi satu masalah. Kami memulakan pendakian dengan satu harapan kami semua sampai ke puncak. Akhirnya kami sampai ke puncak pada pukul 9.30 pagi. Lebih kurang pkl 11.00 kami turun ke campsite untuk persiapan keluar. Akhirnya kami semua sampai ke kereta masing2 tepat pkl 8 malam.













Gunung Lambak, Kluang

Sebenarnya nak training untuk trip Rajah tapi apakah daya trip santai2 je lah menikmati Alam.

Sejak2 badan makin naik, training pun agak malas. Jogging pun jarang, kelas2 fitness pun jarang pergi.

Buat janji dengan Babah untuk naik Gunung Lambak. Hah dia bagi nya trek kabel.....pacak je lah dari bawah. Nak nangis pun ada sbb tak larat. Lepas tu turun ikut jeram sbb nak main air.

Sapa2 nak training bawa load boleh lah ke Gunung Lambak. Permit pun tak perlu. Kalau last minit nak pergi pun ok




Friday, 7 February 2020

Gunung Pulai ~ Jeram ~ Gua Klawar

Akhirnya impian nak jelajah selain puncak Gunung Pulai tercapai. Kali ni kami akan ke Gua Kelawar. Seramai 12 org line up termasuk guide....berjalan sejauh 14km. Alhamdulilah melihat keindahan yang indah, beribu2 kelawar, bermain air di jeram2.










Wednesday, 5 February 2020

Seri Alam, Masai Trail

Seri Alam Trail....banyak conflict nak cari guide untuk tunjuk jalan. Aku sendiri sebelum ini pun hanya separuh je pergi. Last2 tak de siapa yang nak bawa jadi aku pun gamble berharap kat sana aku follow je group mana2 nak pergi

Alhamdulilah dipermudahkan urusan jumpa dua orang kakak yang memang nak masuk dan mereka pun dan biasa masuk. Dipendekkan cerita mereka jadi guide mengejut kami. Seramai 20 org kot yang pergi...mcm2 ragam mereka ini.

Apa2 pun trail best, jauh namatey jalan, penat







Trip Chinese New Year - Bukit Besi

Siang tu penat pergi Kepayang Hill malam kita sambut dekat Bukit Besi, Cheras pulak

Kami tak ramai tapi meriah, trip kali ni memang santai2 je...layan tengok lampu dekat2 sekitar KL

Naik pun x sampai 15 minit hehehe...jadi lah




Trip Chinese New Year - Kepayang Hill



Memandangkan aku berada di N9 so decide untuk naik Kepayang Hill, ingat biasa2 je rupanya byk check point. Berbaloi juga naik Kepayang Hill. Seramai 19 org kami mendaki Kepayang Hill dalam pkl 8. Saksikan sendiri lah. Sesuai juga untuk training








  Takdir Ya Allah kalau dia bukan yang terbaik untuk diriku, bukan takdir dan jodohku, kau jauhkan dirinya dari pandangan mata dan hatiku. H...