Friday, 11 June 2021

 

Takdir



Ya Allah kalau dia bukan yang terbaik untuk diriku, bukan takdir dan jodohku, kau jauhkan dirinya dari pandangan mata dan hatiku. Hapuskan segala rasa didalam hati ini.

Tapi makin aku berdoa, ia ada sentiasa dengan ku. 

Kenapa? Aku tak ingin mengingati dirimu lagi. Tidak ingin meletak sebarang harapan kerana aku tau kau bukan takdirku.

Tapi Allah masih hadirkan engkau, engkau masih mencari aku, kenapa kau tidak pergi je tinggal aku sendiri

Semakin aku ingin lari dari takdir, semakin takdir itu seolah mengejar aku.

Aku penat, ya aku rindukan engkau, aku sayangkan engkau dan aku ajar hati ni untuk berlapang dada untuk menerima ketentuan illahi.

Tapi kenapa sehingga kini engkau masih ada dipandangan mata ini.

Kau dah berpunya, lawa orangnya, sama segak dengan kau. Tapi kena perlu kau whatsapp kembali perempuan yang telah kau buang dari hidup kau sejak bertahun dahulu.

Dulu aku selalu fikirkan ego aku tapi kini aku makin menjauh kerana memikirkan maruah aku.

Terima kasih untuk semua


Risha Yusof
11062021



Tuesday, 1 June 2021

MCO 3.0

2nd June 2021 - 0036 am


~ MCO 3.0 ~

Kenapa tiba-tiba waktu ini terasa ingin menulis di blog ini. Rasa dah lama sangat tak coretkan sesuatu didalam ini. Hari ini akan masuk hari ke 2 MCO untuk kali ke 3. Doakan agar Covid 19 ini akan berlalu pergi dan kami semua boleh hidup seperti sediakala. Banyak yang telah berubah kini kita tak mampu bebas seperti dahulu, kita dah tak boleh travel...ya allah rindu. Allah tarik semuanya, kehidupan kita semua berubah.

Ada kelebihan dan keburukan bila Covid 19 ini datang. Kelebihannya kita banyak luangkan masa bersama keluarga, banyak muhasabah diri sendiri, banyak mendekatkan diri dengan Allah

Keburukannya ramai antara kita yang kehilangan kerja, kehilangan ahli keluarga kerana penyakit ini.

Allah datangkan bala kepada umatnya untuk kita muhasabah diri. Ada yang ambil kesempatan untuk berubah dan ada juga yang masih leka.

Ya allah aku memohon padamu tetapkan iman aku, peliharakanlah ia dari hasutan syaitan.

Aku tidak terkecuali diduga dengan ujian. Disetiap doaku terselit agar peliharakanlah anak2 aku, keluargaku, orang-orang yang kusayang dari malapetaka, peliharakanlah iman mereka.

Sekarang PKP jadi anak-anak tidak terkecuali kena balik dari madrasah. Aku diberi ujian atas sikap Iffat. Iffat anak yang baik, anak yang pandai tapi aku tau ada silapnya. Cuma aku tak pasti dimana silapnya, aku tak tau mana nak gali silap itu, bermula dari mana?

Disetiap doa aku, agar merayu pada Allah jika aku sebabnya Iffat jadi begitu, kau hukumlah aku bukan dia. Dia anak yang pandai, pada umur 12 tahun dia sudah khatam Al Quran tapi Allah duga dengan sikap dia memberontak. Kami tidak boleh marah dia, kadang2 solat, kadang2 kedegilan dia membuat kan orang sekeliling marah.

Aku tak reti nak tackle masalah dia, dia hanya seorang budak yang tidak akan meluahkan rasa hati. Kadang2 aku terpikir untuk bawa dia berjumpa pakar psikiatri tapi aku buntu dimana harus mula

Mungkin salah aku, ia berpunca dari aku. Aku yang menjarakkan Iffat. Iffat selalu berpisah dengan adik2 dia, dengan keluarga dia. Bila aku ajak dia balik JB dia memilih untuk tinggal bersama mama tak akan nak paksa dia. Mungkin aku bukan umi yang terbaik tapi Ya Allah peliharakanlah anak2 aku dari musibah dan hasutan syaitan, Mereka masih terlalu kecil untuk melalui ujian2 ini, Hukumlah aku jika aku penyebabnya. Kasihanilah anak-anak ku

Ada tak sesiapa boleh advise Pakar Psikiatri Kanak-Kanak atau individu yang saya boleh refer?

xoxo
Risha Yusof


Wednesday, 12 May 2021

 



1 Syawal 1442H - 13 Mei 2021

Terima Kasih atas limpahan rahmatmu. Selamat Menyambut Hari Raya kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga Syawal ini memberi seribu rahmat kepada kita semua.



Terlalu banyak yang ingin aku coretkan

In sha allah selepas ini aku akan punya banyak waktu untuk ku lakarkan pada kertas yang aku hampir lupa kewujudannya


xoxo
Risha Yusof

  Takdir Ya Allah kalau dia bukan yang terbaik untuk diriku, bukan takdir dan jodohku, kau jauhkan dirinya dari pandangan mata dan hatiku. H...